CHAPTER 1
Berjalan
kaki 10 minit ke perhentian bas. Rutin harian untuk naik bas sebanyak
lapan biji pergi balik ke tempat kerja aku. Takde pilihan. Kerja di
Kuala Lumpur (KL). Mujur ada N kawan sejak sekolah menengah yang kerja ditempat
yang sama dengan aku. Sekurang-kurangnya
takde lah aku kena ‘survive’
sorang-sorang. Penatnya, gerak lepas subuh sampai rumah pulak menghampiri jam
satu pagi. Tidur hanya beberapa jam. Tapi dalam hidup apa pilihan aku ada? Sebaik tamat paper Biologi SPM
aku dah mula start cari keje keesokkan harinya. Lusa dah mula bekerja dan maka
bermula lah cabaran dunia sebenar dalam hidup aku.
Kerja pertama aku sebagai wrapper services person dengan
gaji sehari sebanyak RM45.00 dan waktu kerja 12 jam kontrak selama 20 hari. Sebenarnya bukan
lah kerja pertama sangat sebab sejak zaman sekolah aku pernah kerja buat belon,
tolong pasar malam, bungkus cili untuk dapatkan sedikit perbelanjaan. Berasal dari keluarga yang susah hidup aku bukan macam orang lain yang mana
mak bapak dorang sediakan perbelanjaan. Belanja sekolah aku setiap hari Cuma RM1
untuk makan dan RM1 lagi untuk tambang bas. Okey, berbalik kepada kerja aku sebagai
wrappers, tugas aku bungkus hadiah untuk hari krismas. Macam-macam aku rasa
sebab aku takde pengalaman kerja luar macam ni kan. Jumpa kawan baru (liyana,
wan, elise, sherry) dan dapat rasa serta belajar benda baru.
Kata orang semakin jauh kita pergi semakin luas
pemandangan. Ececeh kat KL je pon. Tapi bagi golongan remaja yang tak sosial macam
aku ni memang satu pengalaman yang baru lah kan. Aku ‘culture shock’. Aku terkejut tengok perempuan merokok. Terkejut dengar
cerita pasangan ‘couple’ tidur
bersama tanpa ikatan perkahwinan. Terkejut sebab Elise & Shery yang sebaya aku
kaki clubbing dan lain-lain lagi yang aku lihat sendiri. Walaupun membesar di Selangor tapi aku bukanlah
sejenis kaki rayap. Hidup aku zaman sekolah dihabiskan dengan teman mak keluar
ataupun dihabiskan bersama N dan Naz. Mereka berdua je kawan yang paling aku
rapat semasa dizaman sekolah Cuma sejak N ade boyfriend kami jarang dapat lepak
selalu. Pernah lah aku terasa kehilangan yang teramat sejak N ‘couple’.