Satu ayat banyak maksud.
macam mana nak kelasifikasi bijak? adakah cukup dengan percapaian akademi? kerjaya dalam hidup? atau kemungkinan yang lain?
Masa kecil dulu sehingga zaman universiti saya klasifikasi kan bijak pada akademik seseorang tapi saya silap. Ya SILAP. Orang sekeliling, cikgu2 malah kawan2 sering momokan kita dari kecil lagi kalau balajar tak pandai tu petanda kita bodoh, tak boleh berjaya dalam hidup dan seumpamanya.
Dan bila saya masuk alam pekerjaan saya mula paham makna sebenar BIJAK. Bijak seorang manusia dapat dilihat pada hidup mereka. kalau hanya bijak pada akademik sahaja itu tidak cukup.
Masa sekolah minat akademik dan hasrat nak stduy sampai ijazah semoga dapat hidup dengan lebih baik dari sekarang tapi ternyata itu satu kesilapan. zaman 'N" ini akademik tanpa pengalaman adakah satu kesilapan. tamat degree dengan gaji taraf diploma. kawan2 yang tak belajar gaji lagi mahal.menghabiskan 7 tahun masa belajar. bila sorang2 selalu terfikir kenapa tak mahu ambil kemahiran sahaja dulu? kenapa tak daftar tempat kemahiran sahaja dahulu seperti giat mara dan ambil kemahiran seperti menjahit. boleh buat duit. bole kerja kat ruma.
Namun apa yang terundur tidak dapat diperbaiki. nota ini ditulis buat adik2 dan generasi akan datang semoga berfikir dengan lebih bijak agar hidup lebih baik.
pernah dengar pepatah " duit bukan penghalang dalam menuntut ilmu ?". perpatah ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi adik2 sekalian ye kerana kita yang hidup dizaman ini untuk masuk toilet pon memerlukan lima puluh sen.