Friday, 12 February 2016


CHAPTER 1




Berjalan kaki 10 minit ke perhentian bas. Rutin harian untuk naik bas sebanyak lapan biji pergi balik  ke tempat kerja aku. Takde pilihan. Kerja di Kuala Lumpur (KL). Mujur ada N kawan sejak sekolah menengah yang kerja ditempat yang sama dengan aku. Sekurang-kurangnya  takde lah aku kena ‘survive’ sorang-sorang. Penatnya, gerak lepas subuh sampai rumah pulak menghampiri jam satu pagi. Tidur hanya beberapa jam. Tapi dalam hidup apa pilihan aku ada? Sebaik tamat paper Biologi SPM aku dah mula start cari keje keesokkan harinya. Lusa dah mula bekerja dan maka bermula lah cabaran dunia sebenar dalam hidup aku.

            Kerja pertama aku sebagai wrapper services person dengan gaji sehari sebanyak RM45.00 dan waktu kerja 12 jam kontrak selama 20 hari. Sebenarnya bukan lah kerja pertama sangat sebab sejak zaman sekolah aku pernah kerja buat belon, tolong pasar malam, bungkus cili untuk dapatkan sedikit perbelanjaan. Berasal dari keluarga yang susah hidup aku bukan macam orang lain yang mana mak bapak dorang sediakan perbelanjaan. Belanja sekolah aku setiap hari Cuma RM1 untuk makan dan RM1 lagi untuk tambang bas.  Okey, berbalik kepada kerja aku sebagai wrappers, tugas aku bungkus hadiah untuk hari krismas. Macam-macam aku rasa sebab aku takde pengalaman kerja luar macam ni kan. Jumpa kawan baru (liyana, wan, elise, sherry) dan dapat rasa serta belajar benda baru.

            Kata orang semakin jauh kita pergi semakin luas pemandangan. Ececeh kat KL je pon. Tapi bagi golongan remaja yang tak sosial macam aku ni memang satu pengalaman yang baru lah kan. Aku ‘culture shock’. Aku terkejut tengok perempuan merokok. Terkejut dengar cerita pasangan ‘couple’ tidur bersama tanpa ikatan perkahwinan. Terkejut sebab Elise & Shery yang sebaya aku kaki clubbing dan lain-lain lagi yang aku lihat sendiri. Walaupun membesar di Selangor tapi aku bukanlah sejenis kaki rayap. Hidup aku zaman sekolah dihabiskan dengan teman mak keluar ataupun dihabiskan bersama N dan Naz. Mereka berdua je kawan yang paling aku rapat semasa dizaman sekolah Cuma sejak N ade boyfriend kami jarang dapat lepak selalu. Pernah lah aku terasa kehilangan yang teramat sejak N ‘couple’. 


 - Tamat -

           


No comments:

Post a Comment