Tuesday, 13 December 2016

BULI

BULI

Tahun 2000.

Dua hari ponteng sekolah selepas dibuli oleh budak kelas ekoran selisih paham dengan ain.


Dua hari sebelum tu bergaduh dengan ain. budak2 kelas yang lain bantu ain buli aku. tarik tudung. pukul. buat aku menangis. menangis tanpa henti kemudian gelak2 ibarat orang tak normal. tekanan jiwa betul.

kes yang lain. tahun yang sama juga. group india dalam kelas pijak aku masa rehat. tak dapat nak lawan kerana kelemahan diri sendiri. tak boleh nak mengadu pada sesiapa. nangis sorang2 lagi.



Tahun 1999.

saiful budak kelas tiba2 tumbuk muka aku sebab kata dia nampak muka aku buat dia rasa nak tumbuk. menangis sambil tutup muka dimeja. tertanya apa salah diri sendiri sampai tetiba dapat penumbuk.




kalau nak diceritakan pasal buli memang terlalu banyak. antaranya:

-kena buli sebab tak reti membaca
-kena buki sebab selekeh
-kena buli sebab tak pandai
-kena buli sebab tak lawa.
- n bayak lagi


No comments:

Post a Comment